Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

Sebanyak 95,161 Dapat Kerja Menerusi MyFutureJobs

curve
Utusan Malaysia

Sebanyak 95,161 Dapat Kerja Menerusi MyFutureJobs

09 November 2020

KUALA LUMPUR :  Sebanyak 95,161 pemohon diterima bekerja  di seluruh negara menerusi portal pekerjaan MYFutureJobs sehingga awal November lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, daripada jumlah tersebut, siswazah dan golongan muda berumur lingkungan antara 20 hingga 30 tahun  mencatatkan permohonan sebanyak 44,940.

“Kerajaan mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)  melaksanakan program Karnival Penjana Kerjaya.

” Sebanyak 229 program Karnival Penjana Kerjaya melibatkan penyertaan 541 majikan dan telah berjaya menempatkan 4,060 siswazah dan pencari kerja yang lain hingga Oktober lalu,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Wan Azizah mengemukakan soalan berkenaan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah dan pekerja-pekerja yang kehilangan  kerja tahun lalu.

Mengulas lanjut, Awang berkata, pelbagai program dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menambah baik ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan kebolehpasaran program.

“Antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah Program Latihan Industri Berstruktur (SIP), Nurturing Expert Talent (NEXT), Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR) dan Young Employable Students (YES!).

“Selain itu, dua sesi Kolaborasi Industri-Akademia (IAC) yang diadakan antara Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)  dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Program Insentif Pengambilan Pekerja, Bantuan Mobiliti dan program latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) turut dijalankan kerajaan,” katanya._ _ UTUSAN ONLINE

 

News from UtusanMalaysia

Sebanyak 95,161 Dapat Kerja Menerusi MyFutureJobs