Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

CIMB Dinobat Organisasi Terbaik Anugerah LIFE AT WORK 2019

curve
Berita Harian

CIMB Dinobat Organisasi Terbaik Anugerah LIFE AT WORK 2019

21 July 2020
CIMB Group menggondol tiga penghargaan utama dalam anugerah LIFE AT WORK 2019 - Foto Bloomberg
CIMB Group menggondol tiga penghargaan utama dalam anugerah LIFE AT WORK 2019 - Foto Bloomberg

 

KUALA LUMPUR: CIMB Group (CIMB) diiktiraf di anugerah TalentCorp LIFE AT WORK 2019 dengan menggondol tiga penghargaan utama bagi kategori Organisasi Terbaik Malaysia, Amalan Terbaik bagi Inisiatif Pembangunan Bakat dan Juara CEO.

-ADVERTISEMENT-

Ads by

CIMB dalam satu kenyataan, berkata anugerah itu membuktikan usaha berterusan syarikat dalam melaksanakan amalan modal insan terbaik dan mendorong kepelbagaian serta inklusif selaras dengan nilai terasnya.

Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata anugerah berkenaan bersandarkan dasar sumber manusia CIMB yang progresif bagi mewujudkan ekosistem gender seimbang.

"Kami percaya bahawa kepelbagaian memperbaiki keputusan yang dibuat dan memberi kami kelebihan dalam memperkuatkan kepimpinan dan prestasi organisasi.

DISYORKAN UNTUK ANDA

"Dengan menganggap kakitangan sebagai aset terpenting, CIMB juga komited untuk melengkapkan ekonomi digital menerusi pelbagai program meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula, yang mana membolehkan kakitangan bersedia dalam menerima kemajuan dalam kerjaya.

"Kami bernasib baik kerana berkat kepimpinan CIMB yang diterajui Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang kini menjadi Menteri Kewangan dan dinamakan sebagai Juara CEO oleh TalentCorp, ia sangat menyokong dalam usaha menanam kepelbagaian budaya dan digital dalam kumpulan," katanya.

Anugerah LIFE AT WORK dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

 

News from Berita Harian

CIMB Dinobat Organisasi Terbaik Anugerah LIFE AT WORK 2019