Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

'Career Comeback' Bantu Profesional Wanita Teruskan Kerjaya

curve
Berita Harian

'Career Comeback' Bantu Profesional Wanita Teruskan Kerjaya

19 June 2018

KUALA LUMPUR: HSBC Malaysia menjalinkan usaha sama dengan TalentCorp melancarkan program latihan 'Career Comeback' bagi membantu golongan wanita profesional meneruskan semula kerjaya selepas berhenti kerja.

Pengarah Pusat, Pusat Perkhidmatan HSCB Global, Neeti Mahajan, berkata, program selama 12 minggu itu disasarkan kepada golongan wanita profesional berpengalaman sekurang-kurangnya lapan tahun yang kini terpaksa berhenti bekerja untuk menjaga keluarga atau sebab peribadi lain.

"Ia menawarkan program latihan sepenuh masa berstruktur untuk peserta bagi membantu mereka kembali ke arah kerjaya yang lebih stabil bersama HSBC.

"Kumpulan pertama yang terdiri daripada 10 peserta akan memulakan program latihan pada pertengahan Jun ini dan ia akan dijalankan di Cyberjaya Global Service Centre HSBC," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Bhd, James Gossip,, HSCB sentiasa mengutamakan keseimbangan jantina di persekitaran tempat kerja dan komited untuk menyokong golongan wanita yang berkebolehan.

"Career Comeback adalah antara inisiatif itu. Semasa program latihan berjalan, setiap peserta akan dibimbing oleh mentor berpengalaman dan berpeluang untuk menyertai modul pembelajaran dan latihan yang akan menumpukan ilmu kepimpinan, produk, dan teknikal.

"Inisiatif ini adalah langkah terbaik untuk mengembalikan ahli masyarakat yang berbakat ke tempat kerja, yang mana mereka dapat menumpukan hala tuju kerjaya disamping mengekalkan kesimbangan kerja-kehidupan," katanya.

 

News from Berita Harian

'Career Comeback' Bantu Profesional Wanita Teruskan Kerjaya