Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

25 Pelajar Curtin Tamatkan Latihan Industri Bersama Shell

curve
Utusan Borneo Online

25 Pelajar Curtin Tamatkan Latihan Industri Bersama Shell

06 November 2019

TAHNIAH: Chieng dan Mienczakowski (empat dan lima kanan) bersama pelajar terbaik ‘Immersion Modules’ yang disampaikan sempena majlis penutupan program itu di Curtin Malaysia.

TAHNIAH: Chieng dan Mienczakowski (empat dan lima kanan) bersama pelajar terbaik ‘Immersion Modules’ yang disampaikan sempena majlis penutupan program itu di Curtin Malaysia.

Sarawak Shell Berhad (SSB) dan Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) kelmarin menamatkan latihan industri ‘Immersion Modules’ untuk 25 pelajar dengan mengadakan dialog industri di kampus Curtin Malaysia.

Para peserta merupakan pelajar jurusan kejuruteraan kimia, kejuruteraan pembinaan dan awam, kejuruteraan elektronik dan elektrikal, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan petroleum, geologi aplikasi, sistem komputer dan jaringan.

Program yang bermula Ogos lalu adalah susulan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara SSB dan Curtin Malaysia pada April lepas.

Berucap pada majlis tersebut, Pengurus Besar SSB Jill Chieng yang mewakili Naib Presiden Shell Malaysia Upstream Simon Durkin berkata, projek itu direka untuk memberi pengalaman sebenar bekerja dalam sektor minyak dan gas kepada bakal jurutera.

“Modul ini menyediakan pelajar menempuhi pengalaman sebagai persiapan bekerja di pelbagai syarikat multinasional.

“Projek ini membawa kita bekerja seiring dengan jurutera masa depan, jadi kita boleh menjadi salah satu pemandu yang kuat dalam menyampaikan rancangan Malaysia untuk mempercepat pembangunan modal insan negara maju,” katanya.

Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakowski berkata, peluang mendapatkan latihan dan bekerja di bawah seliaan kakitangan SSB adalah pengalaman yang amat berharga kepada pelajar.

“Mereka dapat menerapkan amalan kerja yang amat bermanfaat apabila mereka melangkah ke dunia pekerjaan sebenar nanti.

“Kejayaan modul itu adalah testimoni perkongsian strategik antara Shell dan Curtin untuk memudahkan pembinaan kapasiti pelajar dan perkongsian ilmu pengetahuan,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada enam pelajar cemerlang dalam modul tersebut iaitu Harsha Settinayake Abdul Rasyid, Britney Chong Ting Yen, David Ha Heng Lee, Kuscera Youngblood, Armand Zain dan Kaylene Anjek.

Sesi tersebut diakhiri dengan dialog industri ‘Graduate Employability’ antara Chieng, Timbalan Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Beena Giridharan, TalentCorp Industry Azliyah Mohd Ali dan Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali SKO Senior Morris Mail sebagai ahli panel.

 

News from Utusan Borneo Online

25 Pelajar Curtin Tamatkan Latihan Industri Bersama Shell

Latest Articles

No previous articles for now.

Other Articles

No previous articles for now.