Veteran MyWIRA
Dikuasakan oleh MyNext TVET
Dikuasakan oleh MyNext TVET
Program Kesinambungan Kerjaya "Veteran MyWIRA" dilancarkan pada 22 Januari 2024. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pertahanan Malaysia, yang diterajui oleh agensi di bawah kedua-dua kementerian tersebut iaitu, TalentCorp dan PERHEBAT. Inisiatif ini dipacu industri melalui kerjasama strategik Ahli Majlis Future Skills Talent Council (FSTC) untuk menyediakan laluan kerjaya yang memenuhi keperluan industri kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Program Veteran MyWIRA direka untuk memudahkan laluan kerjaya bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejajar dengan penawaran dalam pasaran pekerjaan oleh Industri serta meningkatkan kepelbagaian dalam kumpulan bakat Negara.
Menggalakkan penyertaan proaktif daripada veteran tentera bagi meningkatkan pembangunan kapasiti modal insan melalui kaedah pemprofilan dan halatuju kerjaya selepas bersara dari perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri. Antara objektif utama program ini adalah :