Opening Hours: 9:00 am to 5:00 pm (Monday - Friday)

Teruskan Pemberian Geran Galak Wanita Kembali Bekerja - TalentCorp

curve
Berita Harian

Teruskan Pemberian Geran Galak Wanita Kembali Bekerja - TalentCorp

24 August 2016
CEO TalentCorp, Shareen Shariza Datuk Abdul Ghani. - Foto Yazit Razali
CEO TalentCorp, Shareen Shariza Datuk Abdul Ghani. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) berharap kerajaan akan meneruskan pemberian geran kepada majikan melalui program Career Comeback dalam Bajet 2017.

Ketua Pegawai Operasinya, Shareen Shariza Abdul Ghani, berkata pemberian itu perlu bagi terus menggalakkan syarikat memberi peluang pekerjaan kepada wanita yang mahu kembali bekerja.

Katanya, pelaksanaan program Kembali Berkerjaya yang bermula sejak tahun 2014 itu membolehkan pihaknya mencari ramai wanita berbakat yang tidak lagi bekerja, namun berhasrat untuk kembali menceburi bidang masing-masing.

"Kami ada bertemu dengan Perdana Menteri pada Jun lalu dan beliau menyatakan hasrat untuk berbicara dengan wanita tidak lagi bekerja, tetapi mahu kembali bekerja.

"Beberapa permintaan sudah dinyatakan kepada beliau dan seboleh-bolehnya kami mahu pemberian geran bagi program ini akan diteruskan," katanya ketika ditemui pada program Pameran Kerjaya dan Rangkaian Career Comeback di sini, hari ini.

Program satu hari bermula jam 10 pagi itu menghimpunkan 25 syarikat pelbagai bidang menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan kepada 350 wanita, khususnya mereka yang mahu kembali bekerja.

Shareen Shariza berkata, ketika ini program itu menawarkan dua geran kepada majikan, iaitu Geran Sumber yang menyediakan 75 pembiayaan program pengambilan pekerja khusus kepada wanita yang mahu kembali dalam industri.

Selain itu, Geran Pengekalan yang diberikan jika syarikat mengambil wanita yang mahu kembali dalam industri bekerja dalam syarikat mereka untuk tempoh lebih enam bulan. Nilai geran bersamaan dengan kadar sebulan gaji pekerja itu.

 

News from Berita Harian

Teruskan Pemberian Geran Galak Wanita Kembali Bekerja - TalentCorp